SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Lama rasanya mama tak bersiaran di blog ni...banyak cerita tapi tak juga dapat disiarkan...memanjang cuti saja blog pun bercuti juga...hari ni barulah dapat juga bersiaran diblog...semua anak-anak dah mulai naik bekerja dari bercuti panjang jadi mama pun kena memulakan tugas juga menjaga si kecik hari ini...

Mulai hari ni bertambah seorang lagi si kecik di rumah mama ni...nama si kecik ini Ammar adik kepada Aiman..baru hari pertama mama menjaga si kecik ini setelah lama bercuti...bertambah meriah rumah grandma dengan suara riuh rendah dari se kecik bertiga ni...bulan 9 nanti bertambah seorang lagi cucu grandma pulak...