SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Semalam anak mama yang kecik telah mengalami demam panas...tak dapat nak pergi kerja berehat saja di rumah setelah makan ubat...kalau dah demam tekak kita ni memang terasa macam-macam yang hendak dimakan...oleh itu tekak orang demam request nak makan mee sup aje...kena juga buatkan sedikit untuk orang yang sedang demam ni...mana tahu air tangan masakan bonda ni dapat melegakan demam anakandaku ini...


jom kita tengok resepi mee sup simple untuk anakanda mama yang demam ni yer...letak jer mana yang ada dalam peti ais ni...

Bahan-bahannya...
mee kuning,fish kek
tauhu,sayur sawi,cendawan
cili api sikit,perencah mee sup
bawang putih,garam,perasa
kalau suka boleh leyak bawang goreng dan daun sup

Cara mudah masak...
1-Hiris bawang putih sebiji,panaskan minyak sedikit dan tumiskan...dah garing sedikit masukkan air dan serbuk perencah mee sup...
2- Biarkan didih sekejap pastu masukkan garam dan perasa secukupnya..masukkan sayur sawi,fish kek,tauhu,cendawan dan cili api..
3-Biarkan didih sekejap...celur mee dengan air panas dan toskan dulu...masukkan dalam mangkuk..
4-Tutup api dapur dan tuangkan kuah mee sup ke dalam mangkuk mee yang telah dicelur tadi...kalau suka boleh letak bawang goreng dan daun sup...menu mee sup simple siap untuk dihidang dan dimakan ketika masih panas...selamat mencuba menu mee sup simple ini yer kawan-kawan