ASSALAMUALAIKUM...


Inilah 10 golongan manusia yang akan diusir dari padang Mahsyar nanti..moga kita dijauhkan dari 10 golongan ini hendaknya...

1-Mereka diusir berupa kera.
Mereka adalah mengadu domba.

2-Mereka diusir berupa babi 
Mereka adalah manusia yang suka memakan barangan haram.

3-Mereka diusir dalam keadaan terbalik kaki diatas dan kepala dibawah.
Mereka adalah dari golongan berdusta

4-Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal
Mereka adalah dari golongan yang riak,bangga diri dan sombong.

5-Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri serta lidah terjulur keluar sampai ke dada dan dari mulut keluar nanah yang menjijikkan
Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dari perilakunya

6-Mereka dihalau dalam keadaan tersalib dipohon kurma dari neraka.
Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7-Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya
Mereka adalah orang yang sering menganggu jirannya

8-Mereka dihalau dalam keadaan buta
Mereka adalah dari golongan orang yang curang dalam menetapkan hukum.

9-Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk dari bau bangkai 
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat,puasa,solat ,tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10-Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas
Mereka ini adalah orang yang syirik dalam kepada Allah SWT..