ASSALAMUALAIKUM...
Malam ini mama sekeluarga ingin mencuba sebuah kedai makan yang baru dibuka disekitar kawasan perumahan mama ini..baru dibuka pada 15 Feb 2016 tempohari..persekitaran kedai ini memang cantik..rekaan layout luar dan dalamnya cukup-cukup menarik...itu yang membuatkan kami sekeluarga teringin hendak mencuba menu di sini...


Bila masuk ke dalam kedai ini memang cukup selesa pada mulanya sebab masih tidak berapa ramai pelanggan yang datang lagi...nak order air alhamdullilah cepat sampainya...tapi nak order air fresh oren tak ada pula...punya cantik dan menarik restorannya tapi air fresh oren pun tiada..mulanya kami tak kisah jugalah bab kecik macam tu..mungkin disebabkan masih baru dibuka jadi serba serbi masih banyak lagi kekurangan agaknya..



Menu makanan yang disediakan disini memang nampak menarik sekali...terasa teruja juga nak mencuba menu kat sini...semua dari kami sekeluarga mengorder makanan yang disukai oleh kami...setiap seorang ada menu tersendiri yang nak dicuba...



Menu kami semua sampai seperti yang diorder..hanya menu anak mama yang kedua dan cucu mama Awisy saja yang lambat sampainya...rasanya menu simple yang diorder tapi lewat dapatnya...dah berkali diberitahu pada staff restoren ini tapi menunya masih juga tidak diperolehi..dari rasa lapar terus hilang moodnya nak makan malam ni..kami semua yang lain sudah selesai makan pun tapi menu untuk anak mama masih tidak juga sampai-sampai...akhirnya anak mama terpaksa cancelkan order tersebut tanpa makan apa-apa pun...Kesian anak mama balik tanpa dapat merasa menu yang diinginkan..


menu yang mama order di sini...rasa kambing sedap dan lembut tapi sosnya tak kena pula dengan tekak mama ni...tiada rasa lada hitamnya...


spaghetti bolognese rasanyanya pun sedap...


rasa spagetti meatballnya pun sedap juga..tak menghampakanlah...sup yang gambar dibawah ni boleh tahan sedapnya...


Alhamdullilah dapat juga merasa menu di restoren baru ini...hanya anak mama yang ke 2 saja yang tak dapat merasa menu yang diordernya itu...In sha Allah jika diberikan masa boleh juga singgah untuk kali ke dua...nak tahu juga servisnya kali ke dua nanti macam mana pula...boleh buat review yang baik-baik pula nanti..

Nasihat mama untuk pihak pengurusan Ejohng Concept supaya dapat lagi memperbaiki mutu servis di kedai ini...masih banyak kekurangan yang berlaku ketika kami berkunjung ke sini tempohari...antara yang masih perlu diperbaiki ini adalah masalah yang pernah terjadi pada anak mama dan mama sekeluarga tempohari..

1-Ruangan dapur di belakang tu sepatutnya hendaklah ditutup terus supaya pelanggan tidak dapat melihat suasana kelam kabut di ruangan belakang dapur itu..di mana ianya berdekatan dengan meja pelanggan di situ...kami sekeluarga yang duduk berdekatan situ tempohari memang rasa kurang selesa...

2-Pihak pengurusan kena peka supaya staff atau supervisor di bahagian dapur tidak terjerit-jerit memberikan order pada tukang masak...

3-Pihak pengurusan juga kena peka pada setiap order yang diorder oleh pelanggan supaya tiada lagi pelanggan yang tidak mendapat menu yang diorder atau pun menu tersebut terlewat sampai...

4-Sediakan dulu menu pelanggan yang datang dahulu dari pelanggan yang baru datang...untuk mengelakkan kemarahan seseorang pelanggan itu bila menu yang diorder tidak diperolehi...

Itu saja nasihat yang ingin kami berikan dan semoga nasihat yang saya berikan ini akan dapat perhatian dari pihak Ejohng Concept supaya servis yang akan diberikan pada pelanggan di masa akan datang akan lebih baik dan bersistematik..diharap nasihat dari pihak saya ini akan diberikan perhatian dari pihak tuan untuk diambil tindakkan segera..semoga Ejohng Concept akan terus maju jaya lagi dimasa-masa hadapan...terima kasih..

Pada kawan-kawan yang ingin mencuba menu di sini bolehlah singah ke restoren 
Ejohng Concept 
No 45 Jalan Pulai Perdana 11
Taman Sri Pulai Perdana
Skudai, Johor.
Tel : 011 3262 4778