ASSALAMUALAIKUM...
Tiba-tiba orang-orang dari Majlis Perbandaran datang buat operasi membersihkan semak samun di taman permainan di hadapan rumah mama ni...

Habis semua pokok yang kami tanam ditebang dan dicabutnya..sayang sungguh pokok pisang yang sudah mula nak mengeluarkan buahnya itu ditebang...mereka tak mahu taman ini jadi tempat pembiakkan nyamuk aedes...
rupa-rupanya dah ada kes demam denggi di kawasan kejiranan mama ni...patutlah semua badan berkanun seperti jabatan kesihatan datang memeriksa kalau-kalau ada takungan air dirumah disekitar kawasan ini...selang beberapa hari mereka datang lagi kali ini buat semburan kabus (fogging)...nasib baik semburan kabus itu dilakukan disebelah petang...tapi bagus juga bila ada pemeriksaan begini jadi tak adalah takungan air disetiap rumah di sini..