ASSALAMUALAIKUM...
Bila nak annual dinner jer masing-masing dah sibuk cari baju untuk tema yang diberikan...kali ni tema tempat anak mama bekerja ialah pakaian antarabangsa "International Culture"...dah tak tahu mana nak cari pakaian kebangsaan untuk seluruh dunia macam ni...nasib baiklah anak mama dah cari dan beli awal..itupun yang secondhand...nak cari yang baru memang susah juga nak jumpa..cari kat sekitar Johor ni memang dah tak ada jadi cari yang baju secondhand yang dijual dalan internet jee..nasib baik ada yang nak jual...nak pakainya pun sekejap jer...


inilah pakaian untuk anak mama malam ni..
Yukata pakaian dari negara Jepun...

Malam ni juga anak mama terpilih pula masuk final dalam pertandingan karoke antara staff...ingatkan saja nak menguji suara masa ujibakat tak sangka pula terpilih masuk ke final..hadiahnya pun menarik juga...tempat pertama hadiahnya pun dah RM1000, ke dua RM700 dan tempat ketiga RM500...kalau ada rezeki seronok juga tu memandangkan dapat hadiah yang lumayan...

p/s seronoknya ada annual dinner..