ASSALAMUALAIKUM...
Kali ni mama nak share dengan korang resepi ikan siakap 3 rasa ni...pada yang suka resepi ikan siakap ni bolehlah mencuba nanti yer...jom kita tengok resepi dari mama ni yer...



Bahan yang diperlukan...
ikan siakap
tepung jagung 
(Gaulkan dengan kunyit + garam + tepung jagung)
Minyak

Bahan untuk sosnya..
Cili api (belah dua)
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (titik jer)
Halia (hiris)
Tomato (potong dadu)
Cili benggala (potong dadu)
Nenas (potong dadu)
sos tiram
Sos cili
sos tiram
sos ikan
daun bawang
Garam, serbuk perasa , gula

Cara menyediakannya..
1-Bersihkan ikan siakap, gaulkan dengan serbuk kunyit dan tepung jagung..
2-Gorengkan dalam minyak yang panas setelah garing toskan..
3-Tumiskan halia, bawang putih dan cili padi...setelah garing masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan
4-Kacaukan sekejap dan tambahkan sedikit air
5-Masukkan bahan yang dipotong dadu tadi..masukkan garam, serbuk perasa secukupnya..
6-Setelah kuah didih,tutup api dan bolehlah dituangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi..hiaskan dengan daun bawang..setelah siap bolehla dihidangkan...
Selamat mencuba korang

kalau nak tahu resepi ikan siakap 3 rasa ini
bolehlah tekan sini dan tekan sini juga..

p/s selamat berbuka pada yg berpuasa...