31 July 2017

SEDAP KE SPICY KOREAN BURGER

July 31, 2017 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM....

Sibuk sekarang ni viral burger hitam ni kat MCD...anak mama dah berhari-hari dok sibuk nak mencuba tapi asyiklah sold out jer...semalam cuba lagi drive thru jer kat MCD Mutiara Rini...alhamdullilah ada lagi..dapat jugalah merasa Spicy Korean Burger ni...

Spicy Korean Burger ni ada satu set kesemuanya ada burger,Criss Cut Chips dan Frozen Fanta...tapi gambarnya pulak lupa nak snap...1 set ni berharga RM15.99 atau a-la carte berharga RM12.99...dah alang-alang membeli tu baiklah beli yang satu set lagi senang complate dengan air dan chipsnya...beza harga pun tak lah jauh mana pun..


Memang tengok macam tak lalu jer nak makan tapi bila makan terasalah daging burgernya dan semua isi dalamnya ada rasa cheese,sayur dan sedikit sos kimchi tu...nak kata pedas tak la berapa pedas sangat pun ! macam burger biasa juga...ingatkan pedas macam rasa mee samyang tu rupa-rupanya tak pedas mana pun...bolehlah dimakan pada peminat burger ni...anak mama pun dah puas hati dapat juga merasa burger viral ni...

p/s  taklah pedas sangat pun...

KEMAS TULIS IKLAN GUNA TANGAN

July 31, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

KEMAS, TULIS IKLAN GUNA TANGAN.
Hebat & berseni sungguh pakcik ni, dia tulis iklan menu restoran guna tangan je. Kemas & sekata macam cetakkan komputer.
Siapa yang mahu mengunakan khidmat pakcikni bolehlah PM fb pakcik ni Zin Mohdyatim, pakcik ni duduk di bandar Kota Tinggi. Seni hias dalaman pun pakcik ni pandai.






p/s memang cantik tulisannya...


MOBILE DOCTOR

July 31, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM..

SMART PHONE ANDA ROSAK..?
Kami baru jumpa dengan doktor handphone ni..
Semua jenis handphone boleh dibaiki... pakar-pakar ni baiki masa tu juga...

Selain tu kalau nak smartphone canggih second hand macam-macam ada..
MOBILE DOCTOR
Waktu operasi 11.00pg - 11.00mlm
Lokasi Jalan Rahmat Batu Pahat 
Berhadapan dengan Caltex

Cubalah tengok ya...







BLOG BERUBAH WAJAH

July 31, 2017 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdullilah !! dah bertukar wajah blog mama ni...suka sangat dengan header baru mama ni...nampak sweet dan cantik sangatkan...puji blog sendiri la mama ni...tak apa la ! tak ada siapa nak puji jadi puji blog sendiri jer la..selalu suruh anak yang editkan blog mama ni tapi kali ni anak-anak tak sempat sibuk bekerja jadi upah jer la...


teringin nak sangat blog yang berwajah baru dan berciri SEO...selama ni blog mama ni asyik jer ada masalah...jadi nak sangat menaikkan ranking dan pageview kat blog...jadi kenalah melakukan sesuatu jadi jalan mudah tukarlah template yang baru...


Alhamdullilah !! sejak dah bertukar ke header dan template baru pageview kat blog mama semakin meningkat...seronok rasanya terimakasih la pada blogger Maisarahsidi yang sudi memberikan nafas baru pada blog mama ni...

Pada kawan-kawan yang ingin mengedit blog atau untuk bertanya bolehlah ke blog Maisarahsidi ini... 

p/s suka tengok blog mama ni..

VIRALKAN TEKSI NI

July 31, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM....

Pada sesiapa orang islam yang selalu menggunakan perkhidmatan teksi harap janganlah menggunakan perkhidmatan teksi ini...lihatlah siapa yang jadi pelanggan teksi ini...sekarang ini banyak sangat yang buat kerja tak mematuhi akta...nasib baiklah mama ni tak pernah menggunakan perkhidmatan teksi kalau tidak risau juga bila ada kes macam ni...macam-macam cerita sekarang ni..

sumber info tekan sini..



MAKAN MALAM DI JOHNNY'S RESTAURANT

July 31, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Semalam jenjalan petang minggu di Aeon Taman Universiti...belum masuk ke dalam lagi anak dah sound nak makan steamboat di Johnny Restaurant..apa lagi terus ke Johnny's untuk bersteamboat...alhamdullilah ! kebetulan dapat sikit rezeki dari berblog jadi bolehlah kongsi rezeki bersama keluarga makan di sini...


sementara menunggu kuah steamboat didih jom kita selfie jap..


seronoklah dapat makan steamboat bersama family...makan dengan enjoynya...

Entri berkaitan...

SHOPPING DI SHOPEE MALAYSIA

July 31, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM..

Sebenarnya dah lama dok intai-intai mikrowave ni...tapi kalau tengok harga kat luar dan online harga semuanya mahal-mahal jer...entah macam mana hari tu anak ada bagitahu mama yang kat web SHOPEE ada harga mikrowave murah jadi terus jer beli...harga promosi beberapa jam dan hanya ada 4 atau 5 yunit saja...


Akhirnya dapat juga beli mikrowave tu dengan harga yang murah...mama beli dengan harga RM175 postage RM6...rasa mama dah murah la tu kot ! tapi tak tahu la mama kalau ada tempat lain lagi yang jual lagi murah dari harga ni...


Alhamdullilah ! dapat juga dan senang nanti kalau nak panaskan makanan hanya menggunakan mikrowave je.. masukkan makanan ke dalamnya dan setkan berapa minit untuk memanaskan makanan tu...


Inilah bahagian dalamannya untuk tujuan pemanasan makanan...pada kawan-kawan yang suka shopping online bolehlah juga bershopping di Shopee Malaysia ini...banyak juga barangan yang di jual di sini...mana tahu boleh dapat barangan yang berkenan di sini dengan harga yang murah jer...


p/s pasni nak cari pressure cooker pula...


Jom tengok entri berkaitan


PINDAH RUMAH MEMANG MEMENATKAN

July 31, 2017 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Memang memenatkan kalau berpindah rumah ni...hari ini anak mama berpindah ke rumah barunya...masih dalam proses mengemas barang lagi ni..


Bila berpindah rumah ni part mengemas barang inilah yang yang meletihkan..nak kena menyusun dan mengemas satu persatu barang-barang kat tempat yang perlunya tu...


Kalau tak dikemas memang pening kepala dan mata dibuatnya...jadi kenalah buat perlahan-lahan..lama-lama siap jugalah nanti...


susun mana yang perlu dulu...bila dah letak kat mana baru senang nak mengemas semuanya...


Bab menyepahkan barang mainan memang bagilah kat budak kecik berdua ni...

p/s next entry bila dah siap nanti..



30 July 2017

RESEPI | UDANG GORENG CILI HIDUP

July 30, 2017 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM..

Resepi yang simple tapi sedap...pada yang nak cuba bolehlah cuba yer..

Bahan-bahan yang diperlukan...
Udang
*cili hidup
*cili api
*belacan
*bawang putih
*bawang merah
*Bahan ni dikisar atau ditumbuk separuh kasar
hirisan bawang 

Cara-cara memasak
1-Bawang merah,cili hidup,cili api,belacan,bawang putih di tumbuk atau dikisar kasar sedikit.
2-Panaskan minyak dan gorengkan udang sebentar.Angkat dan toskan minyak.
3-Tumis bahan yang telah dikisar atau ditumbuk kasar tadi ke dalam kuali.Biarkan bahan itu garing dan masak.
4-Setelah garing masukkan sedikita air asam jawa,garam dan serbuk perasa secukupnya.Gaulkan sehingga rata.
5-Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga sebati akhir sekali masukkan hirisan bawang besar tadi.Balik-balikkan sekejap.Udang goreng cili hidup siap untuk dihidangkan.Selamat mencuba yer..


TEASER GRAND OPENING JOY DESIGN STUDIO

July 30, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM....

Jom kawan-kawan ke Joy Design Studio,flaqship store di Johor Bahru terdapat bermacam-macam koleksi perabut  terbaru yang akan membuat hati anda tertawan...

Nak tahu lebih lanjut bolehlah follow
FB : Joy Design Studio
IG : @joydmy
Website : www.joyd.my

Jemput datang di 
No.76,Jalan Pertama 1,Pusat Perdagangan Danga Utama,
81300 Skudai Johor

#joydesignstudio # flagshipstore #joyGOJB #joyjb12


p/s tunggu entrinya yer..

29 July 2017

SARAPAN PAGI SABTU

July 29, 2017 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Sarapan mama pagi ini...mudah dan cepat...daging burger, kacang panggang,telur mata dan roti...makan sarapan ringkas pagi-pagi macam ni memang sedap perut pun kenyang sementara nak tunggu masa makan tengahari nanti...

p/s sekejap lagi nak pi event pula...

GOOD MORNING SATURDAY

July 29, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

GOOD MORNING
SATURDAY BLESSINGS
MAY YOUR HEART BE HAPPY AND 
YOUR DAYS BE BRIGHT.
MAY YOUR ROADS BE SMOOTH AND 
YOUR BURDENS BE LIGHT...
MAY YOU FIND THE DREAM AND
TOUCH THE STARS AND NEVER
FORGET HOW SPECIAL YOU ARE !!!
GOD BLESS..

28 July 2017

BAWA ANAK SAUDARA KE LEGOLAND

July 28, 2017 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Anak saudara mama bercuti sekolah hujung minggu jadi mama ambil dia bawa datang ke rumah..sekolahnya pun tak jauh kat MRSM Pontian jer.. kebetulan anak-anak pun cuti jadi kami bawa Sofea jenjalan ke legoland...


Sebelum bertolak sempat kami berwefie bersama...


selfie dulu yer...lepas ni kita enjoy  kat legoland..


p/s sesekali anak saudara datang ke sini..

27 July 2017

SEKEJAP NAIK SEKEJAP TURUN

July 27, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Sekarang ni harga minyak kat Malaysia ni memang tak boleh nak kita jangkakan..sekejap harga minyak jatuh sekejap tu dia naik semula...sekarang ni memang harganya memang tak dapat ditetapkan seperti dulu-dulu...jadi redha jer la kalau harganya turun baguslah kan ! tapi kalau dia nak naik kita sebagai rakyat memang tak boleh nak cakap apa...

p/s dah macam lali pasal turun naik harga minyak ni...


KECIL-KECIL CILI PADI

July 27, 2017 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdullilah !! pokoknya kecik lagi tapi dah mula nak bebuah dan mengeluarkan hasil...menjadi juga pokok cili padi yang disemai kali ini...

kecik-kecik cili padi la ni kan...walaupun kecik tetap rasa pedasnya...cili kampung memang pedas rasanya..tak lama lagi dapatlah merasa hasil cili api kampung ni..

p/s berbudi pada tanah dapat la hasilnya...

Entri berkaitan

GRAND OPENING JOY DESIGN STORE

July 27, 2017 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM...

Korang..nak bagitahu ni,jemput datang beramai-ramai ke Joy Design Studio, flagship store di Johor Bahru Sabtu ini 29 Julai 2017 ye...

Terdapat pelbagai koleksi perabut terbaru yang bakal menambat hati korang juga terdapat khidmat nasihat mendeko hiasan dalaman rumah dan macam-macam lagi.

Ada makanan serta goodies bag disediakan PERCUMA ye, yang bestnya ada TV Personaliti lagi turut hadir di majlis pembukaan Joy Design Studio ini nanti.

Apa tunggu lagi tanda kat kalender untuk event ini

Nak 5ahu lebih lanjut meh follow:
FB : Joy Design Studio
IG : @joydmy
WEBSITE : www.joyd.my

Jemput datang di No.76, Jalan Pertama 1,
Pusat Perdagangan Danga Utama
81300 Skudai.Johor Bahru

#joydesignstudio #flagshipstore #joyjb12 #johorevent
#johorbahru #johorseller #