ASSALAMUALAIKUM....

BANK NEGARA MALAYSIA KELUARKAN SYILING KL2017

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena penganjuran sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 ini..

Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua spesifikasi iaitu syiling perak berwarna (PRUF) yang diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 seberat 31.10gram setiap keping,bernilai muka RM10 dan dijual pada harga RM230 sekeping dan syiling emas Nordic dengan nilai muka RM1 dan dijual dengan harga RM10 sekeping.