ASSALAMUALAIKUM..
Lama rasanya mama tak bagi petua kat blog ni...hari ni nak cuba bagi satu lagi petua kat korang yang alami masalah bekas atau tupperware makanan yang berbau...bila dah digunakan kekadang bekas makanan kita pasti akan ada bau yang kurang menyenangkan jadi jangan risau terdapat cara alternatif untuk menyelesaikan masalah ini.


Bahan yang diperlukan
Bekas makanan/tupperware
kertas surat khabar lama


Ambil saja suratkhabar yang telah diramas dan direnyukkan.Sumbat ke dalam bekas makanan yang kering dan telah dicuci.


Tutup penutupnya dan biarkan semalaman.Jangan lupa cuci dan bilas sedikit bekas itu sebelum menggunakannya semula yer...selamat mencuba yer...

p/s petua orang lama...