30 November 2017

SHAKLEE | BELI BARANG DI BRANCH SHAKLEE

November 30, 2017 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM..
Berada di sini pagi ini teman anak mama beli barangan Shaklee...nak tunggu order lambat sampai sebab customer nak cepat jadi terus jer pergi branch Shaklee di Taman Molek...lepas ni nak pergi hantar terus kat customer di Legoland...

Selfie sekejap sementara anak mama isi form pembelian barang Shaklee...

Cek order yang dah masuk barulah tulis kat form supplement Shaklee yang mana yang hendak dibeli...

Order krim Herba Blend ini untuk customer yang nak barangan ini dengan segera tadi...sebab anaknya ada masalah ruam di badan....

Customer dari Dubai order barangan baby ni untuk anak saudaranya yang baru lahir hari ini...Terima kasih pada yang mengorder 2 set produk baby ni...first time anak mama dapat order dari customer barangan baby ini jadi dapatlah lihat sendiri barangannya...

Best juga produk baby ni ada shower gel, massage oil dan losyen baby...selain itu ada juga free gift diberikan dalam setiap satu bekas sehelai tuala mandi yang memang cukup lembut sesuai untuk kulit baby...

p/s supplement Shaklee memang best...

TIPS TO MANAGE STRESS

November 30, 2017 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

TIPS TO MANAGE STRESS

-Exercise regularly
-Relax with breathing exercise
-Set your prioritird in your to-do list
-Let go of things you cant control
-Know your stress triggers and avoid them
-Spend time with your loved ones.


29 November 2017

WORDLESS WEDNESDAY #756

November 29, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

PEREMPUAN VS MASAK ADA 7 JENIS

1-Pandai masak tapi malas masak
2-Tak pandai masak tapi rajin nak masak
3-Pandai masak lauk pauk tapi tak berapa pandai masak kuih muih
4-Pandai masak kuih muih tapi tak pandai masak lauk pauk
5-Tak pandai masak tapi malas pula nak belajar masak
6-Langsung tak tahu apa-apa pasal masak memasak.
7-Perasan pandai masak

YANG MANA SATU ANDA...??



PESTA DURIAN KAMPUNG MALAYSIA DI PLAZA ANGSANA

November 29, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Pesta Durian Kampung 

🗓 30 November 2017 - 3 Disember 2017 (Khamis - Ahad)
📍 Plaza Angsana Mall, Johor Bahru (Tapak Parking) 
⏰ 10.00 Pagi - 12.00 Malam 
☎️ 016 - 414 6669 / 017 - 529 4982 

Event oleh Best Street Food Festival 

Facebook Page (Link), 
https://www.facebook.com/beststreetfoodfestival/
https://www.facebook.com/PESTADURIANMALAYSIA/

Instagram [@beststreetfoodfestival]

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor

#JohorEventNov #PestaDurianKampung

PIZZA MANIA | TEST MAKAN PIZZA DI SINI

November 29, 2017 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Dah penat berjalan apa lagi jomlah kita mengisi perut...kebetulan mama dapat vaoucher makan semasa hari pelancaran VR Roller Coaster tempoharu...hari tu ada disediakan makanan ringan jadi saja simpan voucher ini untuk makan kat mana-mana cafe dalam legoland ni...jadi gunakanlah voucher makan tu semasa jenjalan ke legoland tempohari...


Patung chef yang diperbuat dari brick lego ...


Tempat sendiri order pun senang jer dah tahu menu apa yang sedapnya...inilah tempat anak mama yang kedua tu bekerja setelah memohon untuk ditukarkan dari hotel ke park selepas kejadian kemalangan tempohari terjadi...ada yang tak tahu cerita ke kalau nak tahu jom TEKAN SINI...yang ambil order tu pun adalah pengurus Pizza Mania ni...bagusnya bos boleh turun padang menolong anak buah bawahannya...


Damia muka sedih jer sebab baru bangun tidur...nak ambil gambar pun tak nak senyum...


Dah order ambil jer air sendiri...Tu dia semua jenis air ada disediakan di sini...pilih saja air apa yang berkenan kat tekak...


Ambil air dulu sementara menunggu pizza siap dimasak...


Minum air dan makan cheese cake dahulu sementara menunggu pizza siap...


Sambil tu dapat juga lihat tempat kerja anak mama ni...seronok dapat lihat kawasan persekitaran Pizza Mania ni...tenang dan nyaman jer...


Sedap juga dapat merasa cheese kek kat sini...


Akhirnya siap dan sampai juga pizza yang telah diorder...nasib baik singgah ke sini dahulu kebetulan masa kami sampai hujan sudah mulai lebat di luar...


Pizza dah sampai jomlah kita menjamu selera...hujan-hujan ni perut memang tengah lapar jadi sedaplah dapat makan pizza dalam cuaca hujan...


Bos dan mem pun nak makan pizza...


Bismilah jom makan pizza ...


RESIPI | MASAK LEMAK SARDIN PUCUK UBI PRESSURE COOKER

November 29, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Kes terdesak ni jadi apa yang ada bolehlah digunakan...kebetulan mama memang tengah memasak pada hari Jumaat yang lepas tiba-tiba gas pula habis...telephone kedai dah tutup katanya sebab hari Jumaat..lepas solat Jumaat baru boleh dihantar gas tu...lauk dah atas dapur jadi mama alihkan dan gunakan pressure cooker yang ada untuk memasak menu masak lemak sardin pucuk ubi ni...kalau korang nak tengok macam mana mama memasaknya jomlah tengok kat bawah ni...


 Kisar jer bahan untuk memasak tu... ambil cili padi,kunyit hidup dan bawang dah kisar halus masukkan rencah tu ke dalam periuk pressure cooker..


Dapat ambil gambar santan dan sardin ni jer...rencahnya semua mama dah blanderkan...


Masukkan santan,kuah sardin tu dan gaulkan...


Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk tu sekali...masukkan sardin,garam dan serbuk perasa sekali...


Setkan kat pressure cooker nak masak menu ikan...akan keluar berapa minit yang perlu kita memasaknya...mama setkan selama 2 minit saja nak masak pucuk ubi dan sardin tu...okay dah boleh masak...


Tu dia menu sardin masak lemak pucuk ubi dah siap untuk dihidangkan...


Siap juga menu masak lemak sardin pucuk ubi ini menggunakan pressure cooker ini...dah boleh dimakan pun...nak tunggu gas sampai perut pun dah kenyang makan tengahari...senang juga bila keadaan terdesak boleh juga gunakan pressure cooker ni...

p/s kalau boleh digunakan kita gunakan jer...

INFO | AMARAN CUACA (BAHAYA)

November 29, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

AMARAN CUACA (BAHAYA)
Dikeluarkan pada : 08:00am pada 28 November 2017
SEKSYEN A : AMARAN CUACA (BAHAYA) - Dikeluarkan pada : 8:00am pada 28 November 2017.
Hujan sangat lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) sehingga Rabu, 29 November 2017.
SEKSYEN B : AMARAN CUACA (BURUK)
Hujan lebat dijangka berterusan berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Gua Musang), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Perak (Daerah Hulu Perak) sehingga Rabu, 29 November 2017.
SEKSYEN C : AMARAN CUACA (WASPADA)
Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Lojing), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh & Maran), Johor (Daerah Mersing & Kota Tinggi), Perlis dan Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik & Baling) sehingga Rabu, 29 November 2017.


28 November 2017

ISKANDAR PUTER NIGHT MARATHON 2018

November 28, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


PENDAFTARAN


ISKANDAR PUTERI NIGHT MARATHON 2018
14 APRIL 2018

Dataran Mahkota, Kita Iskandar, 
Iskandar Puteri, Johor.

Acara MARATHON ANTARABANGSA yang dinanti-nantikan oleh semua, IPNM kembali lagi untuk siri perlumbaan 2018. Pelbagai pembaharuan dan kejutan bakal menanti pengemar sukan larian dan destinasi sukan antarabangsa.

Daftar dan sertai IPNM 2018 sekarang diwww.ipnm.my




GO ! GO ! POWER RANGERS

November 28, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni atok belanja 3 orang budak kecik ni dengan topeng Power Rangers...hahhaa 2 orang lagi tak ada jadi kali ni atok belikan 3 topeng ni dulu yer...
Seronok budak 3 orang ni dapat topeng sorang satu...Abang Darwisy dapat topeng color pink dah memang tak boleh usik color pink dia...Haris pula dapat topeng color kuning dan Damia dapat topeng color hijau tu...

Maka beraksilah si kecik 3 orang ni dengan topeng masing-masing...layankan jer la keriuhan budak 3 orang ni...

p/s melayan kerenah.cucunda...

BAWA CUCUNDA BERJIMBA DI LEGOLAND

November 28, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM....
Cuti hujung minggu jer mesti bawa cucunda masuk ke taman tema Legoland...kat sinilah boleh buat cucunda grandma ni gembira bila berada di sini...kalau ke Legoland ni sudah semestinya kanak-kanaklah yang paling gembira sekali...grandma dan atok pun teruja juga sebab boleh bawa cucunda main dan bergembira bersama-sama ...


Sebelum jenjalan disekitar Legoland ni eloklah kita selfie dulu sebelum muka dah bertukar kepenatan nanti..



Sempat bawa Darwisy naik Lego Technic Twister ni sekejap...seronoklah budak ni dapat berjimba di sini...sayangnya Damia tak dapat masuk sekali sebab tak cukup ketinggian lagi..



Darwisy seronok naik Lego Technic Twister ni..


Grandma dan atok pun nak selfie juga...


Tarikan terbaru di Legoland adalah The Great Lego Race VR Roller Coaster...memang menarik kalau dapat menaiki roller coaster yang ada VR ni...pada korang yang nak cuba bolehlah datang ke Legoland yer...


SARAPAN PAGI | JEMPUT-JEMPUT COMEL

November 28, 2017 2 Comments

ASSALAMUALAIKUM..
Pagi tadi mama dan keluarga bersatapan dengan jemput-jemput comel ni...anak sulung mama yang buatkan sebab hubby teringin makan yang anak buat sendiri...selalu air tangan mama kali ni nak rasa air tangan mak buyung pula...makan teejadilah jemout-jemout comel ni buat sarapan...lawan pula dengan sambal tumis ikan bilis baki menu semalam...memang kenalah jemput-jemput cecah sambal tumis...


p/s sesekali dpt rasa air tangan anak pula...

27 November 2017

BENEFITS OF MEDITATION

November 27, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

BENEFITS OF MEDITATION

-Reduces pain and enhances the body's immune system

-Reduces feelings of depression,anxiety,anger and confusion

-Increases blood flow and slows the heart rate.

-Provides a sense of clam,peace and balance

-Helps reverse heart disease

-Helps contro thoughts.

-Increases energy

-Reduces stress



SETIAP TAHUN MESTI SERENTAK

November 27, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM.. 
Memang akan mati serentak kalau dah tarikhnya dekat-dekat...akan terjadilah perkara yang sama setiap tahun....jadi tahun ini adalah tahun ke tiga buat roadtax kereta serentak sekali kedua-duanya...


Nasib baik dah biasa buat roadtax kereta dengan company insuran ni.. kebetulan hubby memang dah kenal dengan owner company ini jadi dapatlah murah sedikit dari biasa...


Masih menunggu roadtax kereta siap...kalau buat roadtax kat company yang ada MYEG ni memang cepat siap roadtaxnya..memang tidak akan mengambil masa yang lama untuk menunggu roadtax kereta tu siap pun...hanya perlu sediakan duitnya sahaja...


Siap juga roadtax dan insuran kereta anak mama ni...satu kereta tarikh tamat tempohnya pada 24 Nov dan satu lagi 27Nov 2018 jadi pada tahun hadapan perkara yang sama pasti akan terjadi lagi..itupun kalau masih menggunakan kereta yang sama juga pada tahun hadapan...



GLOBAL RARE SHOES

November 27, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

 Peminat Kasut Bundle, jangan lepaskan peluang untuk ke Jualan Kasut Bundle anjuran Global Rare Shoes pada 1 Disember hingga 4 Disember ini bertempat di Lot Parking C (Bersebelahan dengan bangunan LHDN dan berdekatan dengan Plaza Angsana Johor Bahru). Save the date & Selamat ber-shopping kasut bundle!
🗓 1 Disember - 4 Disember 2017 (Jumaat - Isnin)
📍 Lot Parking C (Berdekatan dengan bangunan LHDN & Plaza Angsana Johor Bahru) 
 Dibuka 24 Jam 
☎️ 019 - 791 9857 (Zam) / 016 - 266 5817 (Mie)

Facebook Page (Link), 

Instagram [@globalrareshoes]
Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor