ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdullilah ! Selesai bershopping online di Lazada...shopping guna voucher dari lazada yang mama menangi tempohari...nak tahu cerita TEKAN SINI...


Jenuh juga nak cari barang apa yang nak dibeli menggunakan voucher tu..last sekali hubby suruh ambil induction cooker ni...mamakan rajin nak memasak belilah daour ni kata hubby...memang la hubby ni plan nak suruh mama masak la tu..


Akhirnya sampai juga barang yang diorder hari ini...baru 2 barang jer sampai satu lagi belum sampai...Tak apa la lambat sikit sebab satu lagi barang tu adalah sabun untuk cuci washing machine mama...


Satu lagi barang  yang mama order adalah "Double Five Layer Bookshelf" ni...pilih pulak color pink memang seronoklah dak Darwisy bila datang rumah grandmanya nanti...Nak letak shelf ni kat bilik bawah...nak letak barang-barang elektrik kat situ nanti...bila dah susun nanti mama sharekan kat blog...


Bilalah nak resmikan dapur ni agaknya..hari ni tak boleh nak memasak sebab mama nak ke Klang melawat besan mama yang baru balik dari umrah...tunggulah bila balik nanti boleh buat video memasak kat Ig nanti...

p/s okaylah...skg dah berada di Lebuhraya Utara Selatan...