ASSALAMUALAIKUM...
Dapat juga pergi ke sebuah kedai ni...kedai ni berdekatan dengan homestay masa reunion family hari tu...entri reunion family tempohari pun masih tak up entrinya lagi....kedai ni kat Batu Pahat bersebelahan dengan Shopping Mall The Summit...dekat jer kedai tu dengan homestay yang kami sewa hari tu...jalan kaki jer bila nak ke kedai ni...lupa nama kedainya, gambar kat kedai ni pun tak snap just snap gambar baju hubby ni jer...


Banyak juga baju yang murah dijual di sini...ada baju kanak-kanak, baju baby, seluar,tshirt dan perabot jati pun ada...anak mama pun ikut pergi sekali tapi baju anak-anaklah yang jadi pilihan dia...mama nak cari blouse kat sini tak ada pula jadi rikikan jer t'shirt hubby ni..

Bila dah terpandang yang satu ni terus berkenan jer..jadi mama terus jer whatsapp hubby tanya cantik ke atau tidak...jawapan yang membahagiakan pada mama "cantik"...kalau dah cakap cantik terus jer belikan sehelai untuk hubby...harga sehelai t'shirt ni pun tak la mahal sangat harga mampu dimiliki...Seronok sangat dapat belikan hubby t'shirt color pink ni...

p/s misi nak cari baju mama color pink pula....