19 April 2018

DIY BEKAS PAYUNG DARI PAPAN ECO

April 19, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Diy Bekas Payung Dari Papan Eco | Kalau ke kedai eco mesti ada yang terlintas dikepala nak buat sesuatu yang mama perlukan...kali ni mama nak diy bekas tempat letak payung mama...senang taklah payung tu bersepah-sepah...bila dah ada apa yang nak dibuat senang nak cari bahan yang diperlukan di kedai eco ni...
Tukang yang tolong buatkan bekas ni...hahahaha hubby mama la siapa lagi...hubbylah yang sanggup layan kaki deko bini dia ni...dialah yang selalu siapkan apa yang mama nak...minta buatkan apa saja semuanya sanggup dilakukan...mekacih sayanggg layan kerenah bini yang asyik mendeko jer ni...

Proses memasang papan eco untuk dijadikan bekas payung sedang dijalankan...

Dah nampak rupa bekasnya tu...

Senang nak cantumkan papan kayu tu satu persatu kalau ada alat yang sesuai...

Akhirnya siap juga bekas tempat letak payung mama yang banyak tu...seronok bila dapat buat apa yang kita suka ni...

Tu dia dah siap letakkan payung di dalam bekas ni...nampaklah elok dan kemas sedikit bila dah ada bekas ni...macam-macam kita boleh lakukan dan buat sendiri menggunakan papan dari kedai eco ni....kena ada kemahuan dan kena kreatif juga untuk menghasilkan apa yang kita suka..

p/s diy sendiri lebih baik...

MENU SEMALAM UNTUK BERBUKA PUASA

April 19, 2018 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Menu Semalam Untuk Berbuka Puasa | Semalam dapat juga menggantikan puasa mama untuk tahun lepas..bulan puasa dah nak dekat oleh itu kenalah segera menggantikannya...bila dah settel ganti puasa tahun lepas barulah rasa seronok untuk memyambut bulan puasa nanti....
Selesai memasak paling penting ambil gambar dulu...boleh juga jadi entri dalam blog mama ni...menu biasa asam pedas ikan mayong...nak cari kepala tak dapat jadi dapat isi pun dah okay jee ni...

Menu sayurnya kacang goreng jer...

Inilah yang buat selera terbuka semalam...ada cencaluk pedas buat makan dengan asam pedas memang kaw-kaw jadinya..hari ni masih terfikir nak masak menu apa pulak...

p/s alhamdullilah dpt juga ganti puasa...

18 April 2018

TROPIQUE CAFE & RESTAURANT

April 18, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Tropique Café & Restaurant yang baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas dekat sekitar Taman Ekoflora. Nanti korang boleh lah lepak sini & ambik gambar lawa lawa. Enjoy your food nanti!
📍 Lot D, Jalan Ekoflora 1, Taman Ekoflora, Johor Bahru 
🚗 [Waze] "Jalan Ekoflora 1" 
 10.00 Pagi - 6.00 Petang (Isnin, Rabu & Khamis, ditutup pada hari Selasa) 
 10.00 Pagi - 11.00 Malam (Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja) 
☎️ 012 - 547 7886

Facebook Page Tropique Cafe & Restaurant (Link), 

Instagram [@tropique.jb]
Sijil Halal bahan masakan dari setiap pembekal (Lihat pada link ni), 

**Turut menyediakan ruang untuk mengadakan event, majlis keramaian dan lain lain











BUCIDA GARDEN BBQ & STEAMBOAT

April 18, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...



Tag dan dapatkan voucher makan steamboat murah dekat Bucida Garden BBQ & Steamboat!
Memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang tiba beberapa minggu akan datang, admin nak belanja korang voucher makan steamboat dekat Bucida Garden BBQ & Steamboat dengan harga jauh lebih murah dari harga biasa. Yang best nya puasa ni siap dihidangkan dengan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Lontong Goreng, Laksa Penang dan bermacam lagi. Korang hanya perlu TAG kan je member member korang sebanyak mungkin yang sememangnya kaki steamboat dekat comment di bawah. Amacam? On tak on? Nanti dah boleh plan ramai ramai nak buka dekat sini & selamat berpuasa nanti!
📍 No. 25, Jalan Suria 6, Bandar Seri Alam, Masai, Johor
🚗 [Waze] "Restoran Bucida Garden"
 5.00 Petang - 1.00 Pagi (Dibuka Setiap Hari)
☎️ 012 - 738 4197 (Tempahan)
Menu special sempena bulan Ramadhan,
1. Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
2. Laksa Penang
3. Dakkar Teh Ais
4. Roti Jala Kari Ayam
5. Kuih Muih
6. Aneka Bubur & Pengat
7. Buah Kurma
8. Gado Gado
9. Bandung Cincau
10. Air Kathira
11. Lontong Goreng
**Voucher hanya boleh digunakan semasa bulan Ramadhan sahaja









TIPS TANDA-TANDA SI DIA MENCINTAI KAMU

April 18, 2018 9 Comments
 ASSALAMUALAIKUM...


Tips Tanda-Tanda Si Dia Mencintai Kamu | Orang yang mencintai kita sudah semestinya dia akan cuba sedaya upaya untuk melakukan apa sahaja demi kita,segala tingkah lakunya akan sentiasa menyenangkan hati kita kerana si dia akan sentiasa mengambil berat.Marilah kita semak tips di bawah ini adakah kamu inginkan pasangan yang sebegini jika ya pastikan si dia bersikap sedemikian terhadap kamu....

1- Orang yang mencintai kamu tidak akan pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang si dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2-Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli ,baginya yang penting kamu bahagia dab kamu tetap menjadi impiannya.

3-Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4-Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini dia ingin tahu kegiatan kamu.

5- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat malam,selamat pagi selamat hari minggu dan lain-lain lagi.Itu sudah memadai tandanya si dia memang terlalu menyayangi diri kamu walaupun tanpa ucapan kata cinta.

6-Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.

7- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang sangat berharga dan keadaan itu sudah pasti tidak akan berulang lagi.

8-Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan dan ianya akan menyematkan kata-kata itu di hatinya.

9- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu kerana dia inginkan kegemaran kamu kegemarannya juga walaupun sukar untuk meminatinya tapi dia mampu melakukannya.

10- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema atau batuk-batuk dia akan sentiasa mengirimkan SMS atau menelefon untuk bertanyakan keadaan kesihatan kamu supaya keadaan keadaan kesihatan kamu di dalam keadaan yang tidak membimbangkan.

11- Jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian dan akan menanyakan bila ujian itu akan berlangsung dan saatnya harinya tiba-tiba dia akan mengirimkan SMS"good Luck"kepada kamu dan juga kata-kata semangat.

12-Orang yang mencintai kamu akan memberikan satu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

TIPS UNTUK MENGAWAL PERASAN CEMBURU

April 18, 2018 13 Comments
 Assalamualaikum semua...


Tips Untuk mengawal Perasan Cemburu | Cemburu !!! semua orang kat dunia ini memiliki sifat ini tidak terkecuali mama juga... perempuan la katakan tak lepas dari sikap cemburu ni tapi jangan terlampau sangat yer nanti susah jadinya jadi cemburu buta plak...lelaki pun ada juga sifat cemburu nyer juga tapi eloklah berpada-pada bila kita mengalaminya...

Tapi hari ini mama tidak ada perasan cemburu pun dengan sesiapa hanya nak berkongsi tips nyer dengan kekawan dan bagaimana nak mengawal emosi apabila cemburu kita itu datang melanda ...Cemburu ini adalah salah satu perkara yang amat kita risaukan sekali apabila kita mempunyai pasangan yang terlalu kuat cemburunya atau diri kita sendiri yang cemburu...

Oleh itu pada sesiapa yang mempunyai pasangan yang ada sifat-sifat cemburu ini atau kekawan sendiri yang mempunyai sifat cemburu ini berhati-hatilah dalam segala perilaku kita supaya tidak terjadinya sesuatu hal yang tidak menyenangkan dan mengakibatkan pergaduhan dan jauhilah sikap cemburu buta ini...



Tips Mengawal Pasangan Yang Cemburu
1- Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu,jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu dan kamu tidak perlu untuk menjawab setiap soalannya,lebih baiklah kamu berdiam diri daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2- Terima hakikat kekasih kamu atau sesiapa pun tidak berniat untuk melukai hati kamu,mungkin ini sifat semula jadinya dan janganlah kamu ambil hati akan kata-katanya.

3- Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri,pujilah kekasih, tunang, suami atau isteri kamu jika perlu.Mintalah nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu pada orang yang kamu sayangi itu.

4- Janganlah suka berpoya-poya dengan wanita/ lelaki lain.Ini hanya akan membuat situasi lebih sukar,apa yang perlu bagilah sokongan yang berterusan yer..

5- Bincanglah dengan pasangan kamu tentang perasaan cemburu secara perlahan-lahan dan pilihlah waktu yang paling sesuai sekali.


Atasi Sifat Cemburu
1- Hormatilah perasaan pasangan kerana dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2- Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya.Jika kamu seorang yang kuat cemburu,usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3- Tuliskan apa juga perasan kamu apabila kamu merasa cemburu.Marah? Tidak tentu arah?Menangis? Geram? Rasa malu?Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4- Fikirkan bagaimana sifat cemburu kamu itu meledak... adilkah kamu menyisihkan pasangan kamu daripada orang lain?Bukannya sesuatu yang teruk andainya pasangan kamu senyum dengan orang lain.Kajilah dari segi positif supaya kamu tidak melayan perasan cemburu itu seterusnya.

5- Bina keyakinan diri dan kita mungkin akan rasa lebih selamat dari bergantung pada pasangan kita saja dan luaskan persahabatan kepada orang lain juga.

Kesan Positif Cemburu
1- Mengelakan si dia curang kepada kamu.
2- Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3- Sentiasalah menjaga hati kamu.
4- Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu.


Kesan Negatif Cemburu
1- Si dia akan cepat bosan bersama dengan kamu.
2- Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan yang lain.
3- Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga dan cemburu itu menjadi terlampau.
4- Pergerakan sentisalah diawasi seperti orang yang bersalah.

TIPS 19 BARANG RUMAH YANG ADA TARIKH LUPUT

April 18, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Tips 19 Barang Rumah Yang Ada Tarikh Luput | Barang kat rumah kita ni pun ada tarikh luputnya kan...kalau kawan-kawan tak percaya jom kita tengok apa barang yang mempunyai tarikh luputnya yang biasa ada di rumah kita...info dari facebook dan group whatsapp...



Antara barang yang mempunyai tarikh luputnya adalah seperti di bawah ini :

1-Bantal
Luput antara 2-3 tahun apabila usia penggunanya sudah berusia 3 tahun maka akan bermulalah tempat pembiakan kuman dan bakteria...walau mahal pun harga sebiji bantal itu bila tamat tempoh ianya perlu dibuang.

2-Selipar
tarikh luputnya mengambil masa 6 bulan saja dimana seliparlah tempat habitat paling sempurna untuk fungas atau kulat...bila selipar sudah digunakan di tanah maka bakteria sudah mula merebak jadi tukarlah selipar kita secara kerap sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

3-Span Mandi
Tarikh luputnya adalah 2 minggu saja kerana span mandi ini lebih kerap kita gunakan untuk mandi dan membuang segala bakteria di badan akan melekat di span tersebut oleh itu adalah lebih baik menukar soan mandi 2 minggu sekali atau merendamkan span tersebut di dalam air panas untuk memusnahkan bakteria yang ada di dalam span tadi.

4-Tuala
Luputnya 1-3 tahun walaupun kita membasuhnya sekerap yang boleh tapi masalah bakteria tidak akan selesai.Tukarlah tuala yang baru segera dan janganlah digunakan lagi tuala yang sudah terlerai benangnya.

5-Berus Gigi
Luputnya dalam masa 3 bulan sahaja.Berus gigi haruslah diganti dalam amsa 3 bulan sekali.Jika kita mengalami batuk dan selsema maka gantikanlah berus gigi yang baru jika tidak penyakit yang sama akan berulang kerna bakteria tadi berkumpul dan menguasai berus gigi tersebut.

6-Hydrogen Peroxide
Ianya adalah aid antiseptic dan bahan ini mempunyai tarikh luputnya selepas kita menggunakannya dan dalam masa 2 bulan saja kandungan di dalamnya aktif dan selepas 2 bulan cecair tersebut akan bertukar menjadi air biasa saja.Pun begitu jika ia tidak digunakan dan masih ditutup rapi ianya masih bertahan selama 1 tahun.

7-Sikat Rambut
Luputnya dalam masa 1 tahun sahaja sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan digantikan dengan sikat yang baru setiap 1 tahun.

8-Minyak Wangi
Luput antara 3-4 tahun.EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara.Namun bagi EDT ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9-Puting Bayi
Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja dan puting itu wajib ditukar dengan yang baru walaupun masih lagi kelihatan elok atau tidak.

10-Child Car Seat
Luput antara 6-10 tahun selepas ini struktur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span dan ianya memang tidak selamat dignakan lagi.

11-Bra
Luput antara 1-2 tahun dan apabila strukturnya tidak selesa untuk dipakai itu petanda ianya perlu ditukar ta pa menunggu tempoh 1 tahun.

12-Kasut Sukan
Luput sebaik strukturnya berubah.

13-Rempah Ratus
Luput antara 1-3 tahun seperti kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan pelaga akan mula hilang aromanya bila disimpan lebih 1-3tahun.berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan saja.

14-Tepung
Luput dalam masa 6 bulan jika melebihi tempoh luput tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu)

15-Pemadam Kebakaran
Luput dalam masa 15 bulan dan jika terdapat kerosakan pada pemadam seperti retak,berkarat dan kli patah ianya perlu diselenggara dengan kadar segera.

16-Penyambung Elektrik
Luput antara 1-2 tahun

17-Penyembur Pembasmi Kuman
Luput dalam masa 3 bulan saja.

18-Pencegah Nyamuk
Luput dalam masa 2 tahun

19-Power Soket
Tarikh luputnya dalam masa 4-5 tahun walaupun  tiada tarikh luput namun pakar menasihatkan agar ia diganti setiap 4-5tahun bagi mengelakkan masalah lintar pintas.Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna ianya wajiblah ditukarkan dengan yang baru.

Semoga info ini dapat memberikan manafaat kepada semua..
info dari Facebook dan Twitter..



DOA PAGI INI

April 18, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

"TUHAN BERIKAN AKU SEKEPING HATI YANG SELALU
MENDOAKAN KEBAHAGIAAN ORANG LAIN,
BERIKAN JUGA AKU SEKEPING HATI YANG SELALU RENDAH HATI,
TERHINDAR DARI SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI..."

17 April 2018

PROGRAM JUALAN SENTUHAN RAKYAT

April 17, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
PROGRAM JUALAN SENTUHAN RAKYAT
PARLIMEN JOHOR BAHRU 

 21/4/2018 (Sabtu)
 8.00 - 11.00 pagi
 TAPAK PASAR TANI, JALAN PADI MAHSURI, BANDAR BARU UDA.
Senarai Barangan Jualan PJSR 2018
IKAN Segar Sejuk Beku 🐟🐟
1. Kembong
2. Selayang
3. Pelaling
4. Cencaru

SAYUR-SAYURAN 🥕🥒
1. Kelapa
2. Lobak
3. Kobis
4. Kentang
5. Cili Merah
6. Cili Kering
7. Halia
8. Bawang Besar
9. Bawang Kecil
10.Tomato

AYAM & TELUR 🐓🍗
1. Ayam Proses Standard
2. Telur Ayam Gred C

DAGING 🐂🐄 🥩
1. Daging Baru
2. Daging Sejuk Beku

BARANGAN PROSES 🥛
1. Milo 
2. Susu Pekat Manis
3. Ikan Bilis

BARANGAN KAWALAN 🍚👩🏻‍🍳
1. Gula 
2. Tepung 
3. Minyak Masak 
4. Beras

KAUNTER BERGERAK MBJB 🚍🏬
1. Bayaran Cukai
2. Bayaran Kompoun Letak Kereta 
🚑

 Dengan belian bernilai RM50 keatas anda layak sertai CABUTAN NO BERTUAH 🎁📺📻
 Lebih Rendah Dari Harga Biasa
 Jualan Barangan Harian Dan Keperluan Dapur
JOM KITA DATANG BERAMAI-RAMAI 🛍🛍🛒🛒