31 March 2018

MENU MAKAN TENGAHARI

March 31, 2018 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Menu Makan Tengahari | Dah tak tahu nak buat menu apa hari ini...jadi hubby suruh masak sambal tumis ikan bilis..biasanya kalau ada stok ayam mesti ada jer menu yang sedap yang dipinta untuk mama memasaknya...tapi hari ini entah apa la mimpi hubby hanya suruh buat sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng jer...memang menu simple jer hari ni...senang hati mama sebab tak adalah menu yang perlu lama-lama berada di dapur hari ni...masak sambal dan goreng ayam siap dalam masa 1/2 jam jer...

Sambal tumis ikan bilis siap akhirnya..

Ayam goreng pun dah siap digoreng...

Kepala ikan kapak masin...

Ulam timun jer...

30 March 2018

29 March 2018

TEMAN JDT BLOGGER PART 1

March 29, 2018 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Teman JDT Blogger Part 1 | Kebetulan kami semua dapat berjumpa semalam semasa preview buffet ramadhan kat Hilton DoubleTree Hotel...kalau dah sesekali dapat berjumpa macam ni memang gamat suasana dibuatnya....bila part makan memang semuanya suka sangat bila dapat menghadirkan diri...bila dah kenyang perut semua suka hati jadi lepas makan bergambar bersama-sama memang tak pernah ketinggalan....inilah gelagat anak-anak mama dalam group JDT Blogger ni...memang sudah macam anak-anak mama kesemua ahli-ahli JDTBlogger ini....memang seronok la dapat berjumpa mereka sesekali sekala macam ni...jomlah kawan-kawan kita tengok gambar gelagat mereka semua di bawah ni....

28 March 2018

DOA PAGI RABU

March 28, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

YA ALLAH !
Jika rezekiku masih dilangit
maka turunkanlah ia...
Jika rezekiku  masih didalam bumi
maka keluarkanlah ia..
Jika rezekiku sukarku
maka mudahkanlah ia...
Jika rezekiku haram maka
sucikanlah ia...
Jika rezekiku masih jauh
maka dekatkanlah ia..
Aamiin...


27 March 2018

DOA PAGI HARI

March 27, 2018 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM...


DOA RASULULLAH(SAW) DI PAGI HARI

"YA ALLAH,
SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON KEPADAMU KEBAIKAN HARI INI, KEMENANGANNYA, PERTOLONGANNYA
CAHAYANYA, KEBERKATANNYA DAN
PETUNJUKNYA
DAN AKU MEMOHON PERLINDUNGANMU
DARI KEJAHATAN YANG ADA DIDALAMNYA
DAN KEJAHATAN YANG ADA SESUDAHNYA."
AAMIIN...

26 March 2018

HUJAN RAHMAT PETANG INI

March 26, 2018 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM....
Hujan Rahmat Petang Ini | Hujan juga petang ni, cuaca panas tadi telah bertukar menjadi sejuk dan nyaman...itulah kebesaran Allah menjadikan alam semesta ini dengan berbagai keadaan cuaca yang berbeza, sekejap panas dan selepas itu untuk mengurangkan kepanasan diturunkan hujan untuk cuaca sejuk pula...bersyukurlah kita akan nikmat Allah kerana diberikan cuaca yang sebegini di negara kita ini...

Seronoknya tengok si Kembang ni tidur dalam cuaca yang sejuk ini...kalaulah mama pun dapat tidur macam Kembang ni memang nikmat rasanya...kalau cuaca sejuk macam ni perut ni rasa lapar jer...entah apalah yang boleh dimakan petang ni...okaylah nak cari makanan kat dapur....

p/s lega dapat minum air quaker oat panas....

DOA PAGI ISNIN

March 26, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

DOA WAKTU PAGI
"YA ALLAH
DI PAGI YANG MULIA INI AMBPUNILAH DOSA IBUBAPAKU
SELURUH AHLI KELUARGAKU
SAUDARAKU,SAHABATKU DAN SELURUH UMAT ISLAM.
PAJANGKAN UMUR KAMI.KURNIAKANLAH KAMI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN YANG BAIK.TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG BENAR.
BERKATILAH KEHIDUPAN KAMI DI DUNIA 
DAN DIAKHIRAT.DAN MASUKKANLAH MAKI
KE DALAM SYURGA MU
AAMIIN...


25 March 2018

COWBOY | CARI POKOK VIRAL

March 25, 2018 7 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Cowboy | Misi Mencari Pokok Viral...Sekarang ni memang tengah hangat mencari pokok viral pokok daun monstera ni...rata-rata peminat deko sibuk dok mencarinya...kalau kat kedai SSF memang mahal harga sepokok monstera ni...kalau dah viral macam ni mama pun tak ketinggalan nak mencari juga pokok ni..tempat yang mama rasa murah harga sepokok ini adalah di Pasaraya Cowboy di Kulai..
Macam-macam pilihan pokok viral ni...harga pun ikut besar kecik pokok tu...

Pokok keladi...Pokok viral monstera ni mama beli kat Pasaraya Cowboy ini hanya RM34 sahaja...

Yang ni tak tahu apa nama daunnya...

Dapat juga beli sepokok viral monstera ni...bawa balik masukkan ke dalam pasu letakkan batu dalam pasu tu supaya pasu berat sedikit dan tak mudah tumbang...

Siap juga pokok hiasan daun monstera ini setelah dikembangkan daunnya...letak kat sini dulu nanti ubah ke tempat yang molek sedikit..

Akhirnya siap juga pokok viral ni jadi hiasan...letak kat sudut sini dulu bila dah boring boleh tukar ke tempat lain pula...


MISI MENCARI BARANGAN KAWIN ANAK

March 25, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM.....
Misi Mencari Barang Kawin Anak | Satu persatu kena dilakukan untuk majlis anak mama pada bulan 7 nanti...kali ni misi mencari bunga pohor, bunga manggar dan yang lain-lain barang keperluan yang lain juga..
Survey setiap satu kedai nak bandingkan harga dulu mana yang murah dan cantik...bila ada yang murah dan cantik terus jer beli...

Bila tengok banyak-banyak bunga pohor ni memang jadi rambang mata dibuatnya...dah tak tahu nak pilih yang mana...anak suruh buat pilihan mana satu yang berkenan di mata mama...tengok harga pun okay maka kenalah buat pilihan...

Last sekali mama pilih bunga pohor yang ini...ikut tema turqueos dan pink...bunga manggar pun ambil yang warna biru dan pink juga...satu lagi bunga pohor tu untuk majlis bertandang ke rumah pihak pengantin lelaki nanti...

Goodies bag ni pilihan anak mama...barang yang perlu untuk diisi di dalam goodies bag ni pun sudah siap disediakan...

Persiapan barang-barang hantaran dan yang lain-lain juga perlu disediakan awal supaya tidaklah ada barangan yang ketinggalan nanti...walaupun mama sudah pernah mengadakan majlis perkahwinan terdahulu tapi tetap risau selagi majlis tidak selesai sepenuhnya...majlis kali ini adalah untuk anak yang kedua mama pula tapi kepala tetap pening memikirkan semua persiapan majlisnya nanti...

p/s selagi tak selesai majlis memang risau jer....

24 March 2018

RUTIN SETIAP HARI SABTU

March 24, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Rutin Setiap Hari Sabtu | Inilah rutin mama dengan hubby setiap hari Sabtu...kami akan hantar anak mama ke tempat keeja dahulu dan selepas tu ke Pasaraya Tesco cari barang dapur serba sedikit...setelah selesai kami akan ke food court tesco untuk sarapan merangkap makan tengahari terus...
Inilah menu makan untuk tengahari mama dan hubby makan nasi ayam...nasi ayam kurang bahan sebab tak ada sambal merahnya...bolehlah untuk mengisi perut yang tak bersarapan pagi tadi...jadi dah sampai ke rumah nanti tak adalah terkejar-kejar nak memasak...masak pun lewat petang jer la...tunggu perut lapar semula nanti....

p/s nak ke mana pula petang nanti....

23 March 2018

ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

March 23, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

SUMBER 

Daulat Tuanku !
 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
 Sultan Yang Dipertuan Bagi Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim...

Kami semua rakyat Johor merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah
sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ...

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU 

 DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !


p/s Johor bercuti hari ini...