ASSALAMUALAIKUM...

Terapi Minda Hubby | Proses Mengemas Taman...Hari ni hubby cuti jadi adalah masa buat apa yang patutnya di rumah...projek pertama di awal pagi Sabtu ini hubby alih pasu dan bunga di taman mama yang seconet ni...kebelakangan ni mama tak boleh nak buat atau angkat barang yang berat-berat disebab sakit pinggang tempohari...jadi hubbylah yang lakukan mana-mana proses mengangkat pasu-pasu bunga tu...

Madam dok tepi sambil minum air oat panas...

Satu-satu proses yang hubby buat..nampak sedikit kemas garden mama ni...nasib hubby rajin nak menolong serba sedikit...

Susun semula batu-batu yang ada di tepi pasu bunga tu...

Kalau sihat nak juga menolong apa yang patutnya tapi hubby yang tak benarkan...mama dok tepi jadi tukang arah jer la mana yang perlu...

Siap juga sesi membersihkan dan proses alih mengalih pasu-pasu bunga kat taman mama ni..


Inilah dia tanaman yang ada di hadapan rumah mama ni..serba sedikit tanaman yang perlu seperti pokok kunyit, pokok pandan, pokok cili padi ,pokok kunyit dan tanam pokok bunga juga...

Hubby alihkan pasu ke sebelah sini pula...buat sikit-sikit mana yang termampu jer...okaylah beginilah rutin pagi mama dan hubby di hari cuti ini...buat mana yang kami larat jer asalkan sedap mata sendiri nak memandangnya...

p/s terapi minda di pagi hari cuti...