23 April 2018

TEMAN ANAK CHECK MENGANDUNG

April 23, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Teman Anak Check Mengandung | Selagi tak bersalin inilah rutin anak mama...kena check-up di klinik mengandung Taman Universiti...harap ini kali terakhir la check-up pasni dah boleh tengok muka baby la...
Nasib baik kandungan songsang anak mama hari tu telah dapat dipusingkan dan kandungannya sudah kembali normal..kena tunggu harinya bila baby ni nak keluar....
Budak 2 orang ni kena bagi layan tab tu sekejap kalau tidak macam-macam.kerenahnya...ada tab tu dok diam la sekejap sementara nak tunggu mama dia orang buat check-up...

p/s pasni dah tambah sorang lagi cucunda grandma...

RESEPI NASI DAGING VERSI MAMA

April 23, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Resepi Nasi Daging Versi Mama | Hubby mama yang request menu ni hari Sabtu lepas...dah lama tak makan nasi daging katanya...maka terjadilah resepi nasi daging versi mama ni yer..Jom kita lihat resepinya di bawah ni ...


Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan A :
Beras basmathi
Daging
Sedikit rempah kurma
Daun pandan
Susu cair
Minyak sapi + minyak
garam serbuk perasa

Bahan B :
Bawang besar (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Rempah 4 sekawan
1 batang serai (diketuk)


Air Asam Versi Mama

Bahan-bahannya :
Cili padi + air asam (kisar)
-Bawang besar (dihiris)
-Cili padi (hiris)
-Tomato (hiris dadu)
-belacan di bakar
garam,gula serbuk perasa dan sedikit jus limau

Gaulkan kesemua bahan tadi dan perasakan rasanya...


Cara-Cara Memasak nasi Daging
- Panaskan minyak sapi dengan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan B tadi dan masukkan sedikit rempah kurma dan kacau sehingga garing .
-Kemudian masukkan daging dan beras...masukkan air mengikut sukatan beras tu yer...
-Masukkan daun pandan,garam,serbuk perasa dan susu cair..
-Gaulkan dan masak seperti biasa..mama lebih suka gunakan pressure cooker jer...
-Setelah nasi masak taburkan bawang goreng dan daun sup di atasnya yer...
-Bolehlah dihidangkan bersama air asam dan menu kari atau kurma...
Okay selamat mencuba semua...

DIY SARUNG BANTAL LAMA UNTUK BANTAL HIASAN

April 23, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Diy Anak Sarung Bantal | Dah beli sarungnya tapi bantal yang dalamnya masih tak ada lagi jadi kenalah buat juga untuk bantalnya...nak buat sarungnya kenalah cari kain yang tidak diperlukan lagi...jumpa juga sarung bantal yang dah lama tak pakai jadi mama diy kan jadi sarung untuk bantal..
Potong sarung bantal yang lama tu ikut saiz sarung bantal yang telah mama beli tempohari...dapatlah 2 helai sarung bantal ni...

Bila dah potong kenalah jahit dahulu...setelah dijahit tinggal sedikit ruang untuk memasukkan kekabu tersebut...masukkan saja kekabu ke dalam sarung yang telah siap dijahit tu...Masukkan sehingga penuh kesemuanya...

Setelah penuh di isikan dengan kekabu jahitkan pula dibahagian tepi ruang yang belum dijahit tadi...buat sehingga habis kesemuanya...

Akhirnya siap juga 2 biji bantal ini...siap untuk disarungkan dengan sarung bantal yang mama beli tu...

okay dah siap 2 biji bantal hiasan mama ni...

Okay la ni..
diy sendiri lebih mudah..guna kain yang dah lama terbiar jer...sebelah dalamnya tiada siapa yang nampak kan...


Letak di sini dulu...kalau tak elok kita alih ke tempat lain pula...okay la itu jer diy mama kali ini...kita jumpa lagi nanti yer..

p/s diy sendiri lebih puas hati...

DOA PAGI INI

April 23, 2018 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM....

TUHAN..
TERIMA KASIH ATAS SATU HARI LAGI
YANG KAU IZINKAN BAGIKU
UNTUK MEMPERBAIKI DIRI
DAN KEHIDUPAN..
MOHON LANCARKANLAH URUSANKU HARI INI,
BESARKANLAH HASILNYA,
MAMPUKANLAH AKU MENYELESAIKAN SEMUA
YANG KURENCANAKAN,
DAN JADIKANLAH HARI INI PEMBUKA JALAN MENUJU
HARI-HARI YANG MAPAN DAN
SEJAHTERA DI MASA DRPANKU.
AAMIIN...

22 April 2018

KE LEGOLAND SECARA TAK SENGAJA

April 22, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Ke Legoland Secara Tak Sengaja | Cerita pagi semalam...mama dan hubby ke sini disebabkan nak reedemkan tiket ke water park anak saudara mama...jadi setelah mereka bergerak masuk ke water park mama dan hubby tersinggah sekejap ke sini...seronok jugalah dapat bergambar dengan watak-watak dari cerita Star wars ni...


Kebetulan ada watak-watak dari filem Star Wars jadi dapatlah juga kami berdua snap beberapa keping gambar dengan mereka...Korang kalau nak ke legoland minggu ni ada "Lego Star Wars Days" bermula pada 21 April sehingga 13 May 2018 tau..Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan di legoland...


Kanak-kanak riang gamaknya...hahahaha wat lawak jer kan...




p/s masuk sini kalau tak ada budak kecik memang lain rasanya...

21 April 2018

MINUM PETANG INI

April 21, 2018 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Minum Petang Hari Ini | Hari ni mama dan hubby lakukan pembersihan kat ruang depan ni...cuci simen dengan water jet...sayangnya lupa pulak nak snap gambar masa proses tu tadi...bila nak buat entri ni simen depan ni dah siap bersih dari kekotoran...

Bersih dah lantai simen depan rumah mama ni...okay la ni...bersihkan awal kalau dah bulan puasa nanti memang letih nak melakukannya..bila raya nanti taklah teruk sangat lumutnya...

Bila dah siap perut pulak rasa lapar...maka goreng sedikit keropok lekor ni buat minum petang ni...berehat setelah penat membersihkan kawasan rumah.

p/s bila nak lakukan proses mengecat pulak...

DOA PAGI INI

April 21, 2018 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...


YA ALLAH
JADIKANLAH PAGI INI SEBAGAI PEMBUKA
 PINTU REZEKI DAN KEBARAKAHAN
PINTU KEBAIKKAN DAN NIKMAT
PINTU KESABARAN DAN KEKUATAN
PINTU KESIHATAN DAN KESELAMATAN
DAN 
PINTU SYURGA BAGI KAMI
IN SHA ALLAH
AAMIIN...


20 April 2018

BRUNCH TERUS HARI INI

April 20, 2018 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Brunch Terus Hari Ini | Balik dari hantar anak tadi perut dah menjerit kelaparan..ajak hubby pergi sarapan dulu sebelum balik ke rumah..hubby no halnya sebab dia pun tak sarapan lagi tadi...jadi singgahlah ke kedai yang biasa kami pergi...sampai di kedai jengah dulu menu tengahari yang sudah siap disediakan...bila dah tengok menu yang ada memang tak jadilah nak ambil menu untuk sarapan pagi ni...mama ambil terus nasi putih dan lauk makan tengahari...sayangnya ulam-ulaman dan sambal belacan belum disediakan lagi tadi jadi hari ni makan tanpa ulam dan sambal belacan la...okay la tu ada juga rezeki untuk hari ini...tadi mama ambil lauk sambal sotong kembang,ikan masin dan tempe goreng bercili hubby ambil lauk rendang ayam dan paru goreng bercili...airnya pula limau ais dan teh ais cas yang dikenakan hanya RM13.50 jer...murahkan harga makan kat sini.. itu sebab mama suka sangat kalau makan dan minum di sini sebab cas yang dikenakan memang murah dan berbaloi sangat...

Inilah menu mama untuk brunch hari ini...makan macam ni pun dah rasa kekenyangan sangat...kenyang perut ni sampai ke petang la jawabnya...kalau lewat masak pun no hal lagi...

p/s hantar hubby ke office sekejap....

DOA PAGI JUMAAT

April 20, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Ibnul Qayyin Rahimahullahu berkata,
"Hari Jumaat adalah hari untuk ibadah, 
dan hari itu derajatnya seperti hari-hari yang ada pada bulan Ramadhan,
(selain itu) pada hari Jumaat juga ada waktu ijabah (terkabulnya doa) untuk
berdoa seperti pada malam lailatul qadar di bulan Ramadhan,"
(Zadul Maad 1/398)

19 April 2018

DIY BEKAS PAYUNG DARI PAPAN ECO

April 19, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Diy Bekas Payung Dari Papan Eco | Kalau ke kedai eco mesti ada yang terlintas dikepala nak buat sesuatu yang mama perlukan...kali ni mama nak diy bekas tempat letak payung mama...senang taklah payung tu bersepah-sepah...bila dah ada apa yang nak dibuat senang nak cari bahan yang diperlukan di kedai eco ni...
Tukang yang tolong buatkan bekas ni...hahahaha hubby mama la siapa lagi...hubbylah yang sanggup layan kaki deko bini dia ni...dialah yang selalu siapkan apa yang mama nak...minta buatkan apa saja semuanya sanggup dilakukan...mekacih sayanggg layan kerenah bini yang asyik mendeko jer ni...

Proses memasang papan eco untuk dijadikan bekas payung sedang dijalankan...

Dah nampak rupa bekasnya tu...

Senang nak cantumkan papan kayu tu satu persatu kalau ada alat yang sesuai...

Akhirnya siap juga bekas tempat letak payung mama yang banyak tu...seronok bila dapat buat apa yang kita suka ni...

Tu dia dah siap letakkan payung di dalam bekas ni...nampaklah elok dan kemas sedikit bila dah ada bekas ni...macam-macam kita boleh lakukan dan buat sendiri menggunakan papan dari kedai eco ni....kena ada kemahuan dan kena kreatif juga untuk menghasilkan apa yang kita suka..

p/s diy sendiri lebih baik...

MENU SEMALAM UNTUK BERBUKA PUASA

April 19, 2018 8 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Menu Semalam Untuk Berbuka Puasa | Semalam dapat juga menggantikan puasa mama untuk tahun lepas..bulan puasa dah nak dekat oleh itu kenalah segera menggantikannya...bila dah settel ganti puasa tahun lepas barulah rasa seronok untuk memyambut bulan puasa nanti....
Selesai memasak paling penting ambil gambar dulu...boleh juga jadi entri dalam blog mama ni...menu biasa asam pedas ikan mayong...nak cari kepala tak dapat jadi dapat isi pun dah okay jee ni...

Menu sayurnya kacang goreng jer...

Inilah yang buat selera terbuka semalam...ada cencaluk pedas buat makan dengan asam pedas memang kaw-kaw jadinya..hari ni masih terfikir nak masak menu apa pulak...

p/s alhamdullilah dpt juga ganti puasa...

18 April 2018

TROPIQUE CAFE & RESTAURANT

April 18, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Tropique Café & Restaurant yang baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas dekat sekitar Taman Ekoflora. Nanti korang boleh lah lepak sini & ambik gambar lawa lawa. Enjoy your food nanti!
📍 Lot D, Jalan Ekoflora 1, Taman Ekoflora, Johor Bahru 
🚗 [Waze] "Jalan Ekoflora 1" 
 10.00 Pagi - 6.00 Petang (Isnin, Rabu & Khamis, ditutup pada hari Selasa) 
 10.00 Pagi - 11.00 Malam (Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja) 
☎️ 012 - 547 7886

Facebook Page Tropique Cafe & Restaurant (Link), 

Instagram [@tropique.jb]
Sijil Halal bahan masakan dari setiap pembekal (Lihat pada link ni), 

**Turut menyediakan ruang untuk mengadakan event, majlis keramaian dan lain lain