02 April 2018

# jenjalan

CERITA HUJUNG MINGGU

ASSALAMUALAIKUM...

Cerita Hujung Minggu | Kali ni kami jenjalan di Aeon Bukit Indah...boring asyik duduk rumah jer jadi bila hujung minggu biasanya hari Ahad la mesti ikut anak mama yang sulung ni keluar berwindow shopping...hari Ahad hubby kerja jadi dari dok sorang-sorang kat rumah tu baiklah ikut anak menantu jenjalan....

Bila dah keluar ada saja menu yang jadi keteringinan tekak nak makan oleh mak buyung ni...kalau ni nak makan asam laksa ni pula...mama ikut jer asal halal kan..

Satu bowl asam laksa ni untuk mama...kebetulan masa sampai cuaca sejuk dan hujan jadi bila makan asam laksa yang panas ni terasa panas sedikit badan ni...

Selepas makan kami berwindow shopping di kedai Romatika yang baru dibuka di Aeon Bukit Indah ini...sebenarnya kalau dah masuk ke sini tak ada maknanya nak window shopping sebab mesti ada barang yang berkenannya..

Papan chef gemuk ni...sama dengan papan keluaran kedai Eco tapi harganya jee yang berlainan...tengok jer sebab dah beli kat kedai Eco pun...sibuk cari benda yang lain pula...

Inilah barang yang mama sempat sambar di kedai Romantika ni...sarung kusyen,alas kaki dan bekas untuk letak kek atau barang lain...

p/s beli sikit-sikit untuk guna raya nanti...

4 comments:

  1. hahahaha..time ni lah jumpa mama n family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu hernee...kita jumpa secara x sengajakn...

      Delete
  2. comelnya barang-barang tu mama...saya suka masuk kedai jual barang comel-comel gini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ju kalau dah masuk sini mmg ada saja yg dibawa balik..

      Delete