17 April 2018

# kisah anak

HAMIL ANAK KE TIGA PALING MENCABAR

ASSALAMUALAIKUM..
Hamil Anak Ke Tiga Paling Mencabar | Hamil memang satu pengalaman yang paling indah dalam hidup seseorang wanita...setiap wanita pasti menginginkan zuriat mereka sendiri...semoga wanita yang masih belum menimang cahaya mata diharapkan sentiasalah berdoa semoga diberikan kenikmatan menjadi seorang ibu...berdoalah kepada Allah agar diberikan zuriat yang soleh dan solehah untuk kita...

Tapi entri ni bukan nak cerita pengalaman kehamilan mama tapi nak cerita tentang kehamilan anak sulung mama ni...dari mula kehamilan anak ke tiga ni memang bermacam-macam dugaan dan cabaran yang terpaksa anak mama harungi...lepas satu bab satu bab yang terjadi tapi itu semua adalah rencah dalam proses kehamilan jadi terpaksalah anak mama hadapi walau macam mana sekali pun...

Mula kehamilan jer dah dimasukkan ke hospital kerana dijangkakan anak mama hamil luar rahim...maka terpaksalah ditahan diward untuk proses selanjutnya...maaflah mama nak cerita detail pun tak tahu jalannya...jadi cerita apa yang tahu jer la..

Kononnya nak buat scan dan buang jika betul hamil luar rahim tapi rupanya tidak pun...nasib baik doktor tak lakukan pembedahan masa tu hanya lakukan scan dan tebuk sedikit di bahagian perut anak mama jer untuk scan...selepas 2 minggu datang check ke hospital semula rupanya scan dan x-raya kali ni memang ada baby dalam kandungan anak mama...elok jer kejadian baby bertuah ni..

Allah Maha Berkuasa jika Dia berkehendakkan bayi tu maka memang pasti ianya akan kekal ada dalam rahim ibunya...sepanjang kehamilan ini anak mama selalu buat check-up di klinik dan pastinya tekanan darah anak mama asyik selalu rendah jee...makan apa pun masih tak boleh menaikkan tekanan darah anak mama dan ianya tetap masih seperti itu...

Bila buat check pada minggu ke 35 atau 36 kali ni doktor bagitahu pula baby di dapati songsang pulak..inilah dugaan yang anak mama perlu terima bila hamil kali ni...bila dah tahu baby berada di dalam keadaan songsang tekanan darah anak mama pula telah kembali normal seperti biasa...kali ini anak mama  terpaksa hadapi satu lagi dugaan pula...doktor terpaksa lakukan ECV (External Cephalic Version)iaitu proses untuk memusingkan baby ke laluan yang betul pula...dengar cerita dari kawan-kawan proses ini ibu akan mengalami sakit apabila doktor melakukan proses ECV ini...tapi alhamdullilah proses ini berjaya...anak mama pun okay masa proses ini dilakukan cuma sakit sedikit ditempat bekas tekanan itu saja...

Alhamdullilah selepas melakukan proses ECV doktor lakukan CTG sekali lagi dan mendapati baby okay dan telah berada di laluan sepatutnya...bersyukur sangat sebab doktor telah lakukan proses ECV itu dengan baik dan baby telah berada di tempat yang sepatutnya...kehamilan anak mama kali ini memang lebih mencabar dari abang dan kakaknya...kalau doktor tidak berjaya melakukan proses ECV tempohari pastinya anak mama telah melalui proses pembedahan agaknya...

Sekarang ini setelah semua dugaan di lalui hanya menunggu proses kelahiran pula..kiranya dugaan yang terakhir dalam proses kehamilan anak mama ini...semoga anak mama dapat menghadapi semua dugaan ini dengan tenang dan selamat melahirkan cucu mama yang k 3 ini dengan mudahnya nanti...mama berharap kawan-kawan dapat mendoakan agar diberikan kemudahan dalam proses kelahiran cucu mama ni dan anak mama juga dipermudahkan urusan melahirkan nanti...In sha Allah aamiin...


1 comment:

  1. Allahuakbar kesiannya...Moga semuanya baik-baik aja dan dipermudahkan Maaa...

    ReplyDelete