11 April 2018

# blog

JADILAH BLOGGER YANG BERWAWASAN

ASSALAMUALAIKUM...



Jadilah Blogger Yang Berwawasan | Blogger...? Macam mana nak jadi blogger..?Part time atau Full time blogger..?memang senang bila sebut perkataan blogger ni..banyak yang perlu kita ketahui kalau ingin jadi seorang blogger ni...perlu ada blog yang sesuai dengan jiwa kita sendiri...blog ni umpama dairy perilaku kita seharian..semua perkara yang berlaku dalam hidup kita seharian akan kita coretkan di sini...bukti apa yang telah kita lakukan tak kiralah perkara buruk atau baik yang berlaku di dalam diri kita dan sepanjang hidup kita...semuanya akan kita masukkan atau tuliskan di dalamnya....bila kita sudah tiada nanti anak cuculah yang boleh membaca atau mengingati diri kita apabila mereka membaca kisah hidup yang telah kita tuliskan di dalamnya....

Sebagai seorang blogger ini bermacam-macam perkara perlu kita pertimbangkan baik dari segi perkara yang baik atau pun yang tak baiknya...jangan kerana kita dianggap sebagai seorang blogger kita boleh tulis sesuka hati tanpa mengirakan perasaan blogger yang lain...setiap orang ada perasaan dan hati jadi jika kita mempunyai sikap atau nawaitu yang kurang elok akan terjadilah bermacam-macam perkara yang tidak elok akhirnya..oleh itu jadilah seorang blogger yang menulis sesuatu yang baik dan menyenangkan semua pihak.

Perkara yang perlu dituliskan di dalam blog harus dari sesuatu perkara yang benar bukannya yang diada-adakan hanya untuk mendapatkan ranking atau nama di kalangan blogger yang lain...tetapkanlah pendirian kita sebagai blogger yang bersih dari sesuatu perkara yang tidak elok..blogger adalah satu nama kerjaya yang semakin mendapat perhatian sekarang ini...dulu mungkin boleh dikatakan blogger hanya menulis sesuatu hanya untuk suka-suka atau untuk tatapan sendiri tapi sekarang banyak juga blogger-blogger yang telah berjaya mendapat tawaran dan income yang bagus melebihi income dari orang yang bekerja...

Bila kita dah dikenali sebagai blogger eloklah dijaga semua perilaku dan tata tertib sebagai seorang blogger yang baik...itu semua haruslah dikekalkan selamanya agar nama blogger akan mendapat perhatian di mata umum...orang akan terus menghargai kita walaupun tanpa kita pinta...tak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan...kekalkanlah nama sebagai blogger yang begitu disenangi dan dikenali dikalangan blogger-blogger yang lain...itu pun sudah cukup bererti pada seorang blogger...nama blog pun akan jadi ingatan pada semua blogger yang baru walaupun belum pernah mengenali siapa penulisnya yang sebenarnya....semoga kita akan terus menulis dan menjadi seorang blogger yang berwawasan selagi hasil penulisan kita diperlukan.In sha Allah...



p/s harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama dan blog...

8 comments:

  1. amboiii pepatah mama.. hehehehe betul tu.. jadi blogger yang berhemah.. jangan mengejar ranking sampai mencemarkan nama sendiri..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Maa..
    SEtuju Maa ..Moga kita semua menulis mengikut fikiran yang waras ..

    ReplyDelete
  3. baiklah mama.. kena ingat nasihat mama ni..

    ReplyDelete
  4. betul tu mama..jangan langgar etika berblog. bukan kita je dekat dunia blog ni. hehe..lebiu mama..

    ReplyDelete
  5. Betul tu mama.. elakkan la post entry yg boleh buat kontrovesi.. ingat dosa n pahala.. karang tak pasal2 menambah dosa kan.. lebih baik share perkara yg baik2, boleh juga tambah pahala.. hehe

    ReplyDelete