09 April 2018

# kisah hubby

KEMAS TAMAN SEBELUM PERGI KERJA

ASSALAMUALAIKUM..

Kemas Taman Dulu Sebelum Pergi Kerja | Inilah rutin hubby kalau di pagi hari sebelum ke tempat kerja...sebelum ke bahagian depan hubby dah jengah kebun seconet dia kat bahagian belakang rumah ni...tapi mama tak sempat nak snap gambarnya jadi bila hubby beralih ke bahagian hadapan ni sempat juga snap gambarnya...

Trem sikit pokok kat bahagian depan ni...buangkan daun-daun yang dah tak elok tu nanti akan tumbuh daun yang baru pula...

Dah settel buangkan daun pokok buluh yang tak elok tu...

Gondol dah pokok buluh tu...tinggalkan daun yang elok jer...dinding kat tepi tu pun dah berlumut..bilalah nak buat projek cuci dinding yang dah berlumut tu...kena buat juga ni sebelum bulan puasa menjelma...kalau tidak memang parah nanti kalau buat dalam bulan puasa...

p/s puasa pun nak kena ganti juga ni...

2 comments: