24 August 2017

KEKALKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM DIRI

August 24, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM....
Berbangga jadi anak jati bumi Malaysia...walaupun jarang orang nak letak bendera kat rumah tapi rumah mama memang setiap tahun akan terpasang bendera Malaysia dan bendera negeri Johor di pagar depan rumah...sudah sememangnya semangat patriotik perlu ada dalam diri dan tetap kena serapkan di hati supaya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan negara kita sendiri...misi di bulan kemerdekaan ini bendera dah siap terpasang di awal bulan kemerdekaan lagi....



MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


NEGARA KU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP 
BERSATU DAN MAJU 
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA.


MERDEKA ! MERDEKA ! BLOGGER CONTEST

August 24, 2017 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Haii korang !! hari ni mama nak cuba join contest merdeka dari Lazada ni...manalah tahu ada rezeki lagikan...pada kawan-kawan yang nak juga join bolehlah klik SINI yer...jangan lepaskan peluang yang ada ini rugi tau kalau tak join sekali...

Contest ini dah pun bermula dari 21 August - 31 August 2017 nanti dan kita hanya perlu jawab 3 soalan yang disediakan...

Hadiah yang di sediakan untuk contest Merdeka ! Merdeka ! Blogger Contest ini adalah

1st Prize : 1 x RM600
2nd Prizes : 2 x RM300
3rd Prizes : 3 x RM200

Nak tahu lebih lanjut klik jer https://www.lazada.com.my/blogger-contest/ 
  
1-WHAT DO YOU LOVE ABOUT BEING MALAYSIAN
Bersyukur sesangat sebab menjadi rakyat Malaysia selama ini.Mama amat berbangga selama 50 tahun dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia terdapat semua kemudahan yang diperlukan ada di Malaysia.Semua rakyat Malaysia bersatu dari berbilang kaum dan agama dengan itu kita dapat mengeratkan silatulrahim di antara semua rakyat yang ada di Malaysia tidak mengira bangsa,kaum dan agama.

Negara Malaysia sentiasa di dalam keadaan aman dan damai di bawah pimpinan Raja yang berdaulat.Kekalkanlah sentiasa semangat jati diri anak Malaysia dan tanamkan semangat sayangkan negara di hati anak-anak kita supaya negara akan terus membesar dan membangun bersama jiwa anak-anak Malaysia kita.Teruskanlah dengan semangat kemerdekaan yang sebenarnya kerana dengan semangat kemerdekaan ini kita mampu berdiri di atas tanah air yang kita cintai ini dengan rasa megah dan berbangga.


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


2-CHOOSE YOUR FAVORITE LOCAL BRAND HERE


Pilihan jenama tempatan mama kali ini adalah jenama "KHIND" jenama tempatan Malaysia kita.Memang banyak produk keluaran dari luar negara tapi pilihan dari Malaysia sepatutnya jadi pilihan utama rakyat Malaysia.Teruslah menyokong dan menggunakan produk jenama Malaysia , jenama negara kita sendiri. 


3-SELECT TWO PRODUCT FROM THAR BRAND THAT YOU LOVE

Okay la di sini mama sertakan 2 produk dari jenama KHIND yang menjadi idaman hati...harga pun kira okay dari jenama yang lain-lain tu...kiranya harga mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.


JENAMA 1 | KHIND HAND BLANDER HB 600SS
HARGA | RM110.90



JENAMA 2 | KHIND VACUUM CLEANER VC8209
HARGA | RM176.99

Okay la sempena bulan kemerdekaan ini Lazada Malaysia akan mengadakan 
Merdeka ! Merdeka ! Sales dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2017 dan kita akan dapat setiap 80% potongan harga..oleh itu jomlah korang kita shopping online di Lazada Malaysia.
Nak shopping klik link di bawah ni yer..


TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH

August 24, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH

23-30 OGOS ( 1- 8 ZULHIJJAH )
MULA PUASA SUNAT
"Rasulullah SAW biasa berpuasa sembilan hari awal Zulhijjah,pada hari Asyura,
berpuasa 3 hari setiap bulannya.."(HR Abu Daud)

31 OGOS ( 9 ZULHIJJAH )
PUASA SUNAT ARAFAH
"Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" ( HR. MUSLIM )

1 SEPT ( 10 ZULHIJJAH )
AIDIL ADHA
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kurnia yang sangat banyak kepadamu,
maka solatlah untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban " (Al-Kauthar.1-2)

2 - 4 SEPTEMBER ( 11-13 ZULHIJJAH )
HARI TASYRIK
"Dan sebutlah kamu akan Allah dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya.."
(Al-Baqarah : 203 )



FACE MASK GIVEAWAY BY ASYIQIN89

August 24, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
  Face Mask Giveaway By Asyiqin89

Jom kita join giveaway ini...pada yang nak join bolehlah klik banner kat atas tu yer..
senang jer nak join follow jer rules and boleh terus join...satu lagi boleh pilih hadiahnya kalau berjaya...kali ni mama nak pilih face mask yang di bawah ini la...in sha Allah jika ada rezekinya...


Tarikh tutup 5 September 2017 tau...cepat-cepat join sekarang...