04 July 2014

# resepi masakan

Ikan Kerisi Masam Manis

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak kongsikan resepi Ikan Kerisi Masam Manis...eloklah kalau dimasak untuk dibuat juadah berbuka puasa nanti...lauknya tak berapa pedas dan elok bagi kawan-kawan yang mahu masakan yang kurang pedas...

Bahan-bahan...
ikan kerisi/ ikan kerapu/ikan siakap
sos cili,sos tiram,sos tomato
nenas,tomato,cili merah,daun limau
bawang merah,halia,bawang putih,serai
daun bawang,garam,serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

cara-caranya..
1-Daulkan ikan dengan tepung jagung dan kemudian digoreng sehingga garing..angkat tepikan dulu..
2-Potong dadu nenas,tomato,bawang merah,cili merah/cili api..
3-Ambil halia dan bawang putih kemudian dihiris
4-Panaskan minyak dan tumiskan halia,bawang putih dan serai kedalam kuali
5-Masukkan sos tiram,sos tomato dan sos cili ke dalam kuali kalau pekat tambahkan air sedikit...
6-Biarkan sekejap,,lepas tu masukkan garam serbuk perasa secukupnya dan akhir sekali masukkan bahan yang dah di potong dadu tadi ke dalam kuah sos tu..
7-Tuangkan kuah sos itu ke atas ikan kerisi yang telah digoreng tadi dan hiaskan dengan daun bawang...sedap disediakan ketika masih panas...

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa yer...


5 comments:

  1. Sedapnyerr..arini nad masak ikan pari asam pedas

    ReplyDelete
  2. amboilah hai ,sedapnya mama. nsb baik dah brbuka, tkdela terliur sgt. hehe

    ReplyDelete
  3. nampak sedap..resepi pon macam senang..nnt nak cubalah!tq mama..(^_^)

    ReplyDelete
  4. sedapnya masak masam manis nih..:)

    ReplyDelete
  5. gulp. sedapppp nye. boleh try ni. :)

    ReplyDelete