19 December 2014

# resepi masakan

Resepi Ayam Masak Merah Simple

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Dah musin hujan sekarang ni,cuaca pun sejuk jer...pada kawan-kawan kita yang berada di sebelah Pantai Timur sekarang ni supaya berhati-hati kerana sekarang ini kawasan Pantai Timur sudah mengalami musim banjir..diharap pada mereka yang terlibat berhati-hatilah yer dimusim banjir ini...

Okaylah hari ini mama nak sharekan resepi mudah dan simple untuk memasak menu ayam masak merah...memasak ni atas cara kita sendiri untuk mengayakan menu tersebut...apa pun yang kita masak walaupun hanya menu yang simple tapi janji masakan yang kita masakkan untuk keluarga itu dihargai sepenuhnya...itulah perasan yang selalu mama sematkan di hati dan ianya akan tetap lekat di hati mama selamanya...
"memasak dari hati yang iklas buat insan-insan tersayang.."

Bahan-bahannya...
Ayam,sos tomato,sos cili,bawang merah dihiris
halia dihiriskan,daun sup dan bawang goreng utk hiasan
cili boh,garam,gula,serbuk perasa
kunyit serbuk,rempah 4 sekawan 
(bunga lawang,kulit kayu manis,pelaga,cengkih)

Cara-Cara memasaknya...
1- Bersihkan ayam dan gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam...gorengkan ayam separuh garing dan toskan dahulu...
2-Gunakan minyak gorengan ayam tadi untuk menumis bahan untuk sos ayam masak merah ini...
3-Tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang merah dan halia yang telah dihiris tadi...
4-Biarkan garing sebentar kemudian masukkan cili boh...goreng sehingga cili garing..
5-Setelah cili garing masukkan sos tomato dan sos cili ke dalamnya...kacau sehingga sebati..kalau pekat boleh letakkan air sedikit...
6-Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalamnya...balik-balik sehingga rata kesemuanya...Ayam masak merah siap untuk dihidangkan...taburkan daun sup dan bawang goreng untuk hiasan...

p/s sejuk suasana hari ni...


12 comments:

  1. Musim hujan ni makan apa pun sedap sebab cepat aje lapar kan Mas.
    Kakak tengok resepi Mas ini pun macam nak makan je rasa:)

    ReplyDelete
  2. Woww...sedapnya..rasa nak cuba.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba apa salahnya...

      Delete
  3. Biasa saya masak ekspress, tak masuk rempah 4 sekawan tu. lagi sedap kalau letak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..pd mama kalau letak lebih sedap lg rasanya...

      Delete
  4. Laparrrr. Dah lama tak buat ayam masak merah nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee jom masak fiza...

      Delete