14 November 2017

# resepi masakan

RESIPI | MASAK LEMAK JANTUNG PISANG SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM...
Dah lama tak share resipi simple kat blog mama ni...jadi kali ni mama nak sharekan resipi simple,mudah dan sedap...biasanya kat kampung senang nak dapat resipi jantung masak lemak ni...kat bandar ni jarang-jarang nak jumpa resipi ni...kalau ada jual kat kedai makan mesti terus ambil jer lauk tu..okay jom mama share kat korang resipi jantung pisang masak lemak ni...


Bahan-bahan yang diperlukan...
Jantung pisang
santan
cili padi( kalau suka pedas)
ikan bilis/udang kering (ikut suka)
sedikit lada hitam
bawang merah
garam
serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Rebus jantung pisang terlebih dahulu yer...biarkan lembut sekejap...bila dah lembut toskan jantung tu sebentar...bila dah sejuk hiriskan jantung yang telah direbus tadi...tepikan dahulu dan kita sediakan rencahnya pula..
2-Ambil ikan bilis atau udang kering ,bawang merah dan sedikit lada hitam...tumbuk hingga lumat...setelah lumat masukkan ke dalam periuk...
3-Kemudian masukkan santan dan letak kat atas dapur..biarkan didih sekejap...
4-Kemudian masukkan jantung pisang yang dah direbus dan dihiris tadi...perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya..
5-Biar didih sekejap dan bila dah okay boleh tutup api.Masak lemak jantung pisang siap untuk dihidangkan bersama sambal belacan,ikan masin/ikan goreng...siap !
selamat mencuba semua...!

p/s kalau korang suka boleh letak udang segar juga...

2 comments:

  1. Sedapnya.. Selalu makan jantung pisang rebus dengan sambal belacan je..

    ReplyDelete
  2. sedapnya jantung pisang. lama tak makan
    JanjiKita

    ReplyDelete