10 April 2018

# DIY

TIPS MENCARI BARANGAN DEKO RUMAH YANG MURAH

ASSALAMUALAIKUM...
Tips Mencari Barangan Deko Rumah Yang Murah | Sekarang ni zaman kegawatan ekonomi...semua barangan dijual dengan harga yang mahal...bagi mereka yang berpendapatan rendah agak sukar atau berkira-kira jika nak membeli barangan untuk hiasan rumah..nak mendeko rumah juga perlu berkira-kira agar tidak melebihi bajet...lebih-lebih lagi bila dah nak raya nanti...semua benda perlu disediakan ,diadakan untuk persiapan menyambut Syawal nanti...jomlah kita tengok tips untuk menangani masalah mencari barangan murah untuk hiasan dan deko rumah kita di hari raya nanti...

1-Carilah barangan di kedai yang boleh menjimatkan kos kita...sekarang ini kedai yang menjual barangan murah seperti Eco Mart, Daiso,Mr.Save dan Mr.DIY memang banyak disediakan dan kita sendiri boleh membuat pilihan.

2-Pilihlah barangan yang cantik dan murah harganya kerana tak semestinya barangan murah tu tiada kualiti kebaikkannya..jadi pilihlah barangan yang boleh memenuhi citarasa kita dengan harga yang berpatutan...

3-Belilah barangan yang diperlukan saja agar kita tidak melakukan pembaziran..

4-Jika barang yang dicari ada dijual di pasaraya kita bandingkan pula harga jualannya pula...dengan itu kita dapat menjimat kos dengan membeli barang tersebut si tempat yang lebih murah harganya...

5-Jangan terburu-buru membeli jika ada sales...kena juga survey harga dengan pasaraya yang lain juga...

6-Kalau teringinkan barangan mahal yang tiada dijual di kedai-kedai seperti di atas bolehlah survey harga barangan tersebut di kesemua pasaraya dan belilah barangan tersebut dipasaraya yang menjual dengan harga yang berpatutan...pilihan ada ditangan kita sebagai pengguna...

7-Kalau pandai diy sendiri kebih baik kerana dengan modal yang kecik saja kita dapat membuat sesuatu barang dengan cara kita sendiri...


barangan deko yang ada di rumah mama...semuanya dibeli dengan harga yang berpatutan saja...walaupun harganya murah tapi jika kita pandai menggayakan sesuatu barang tu dengan baik maka deko kita akan jadi lebih cantik dan menarik...betul tak kawan-kawan semua...?


Barangan deko di garden mama yang seconet ini...meja depan tu dibuat sendiri hanya menggunakan kayu papan kedai Eco jer bermodalkan hanya rm38 saja...maka dapatlah sebuah meja hiasan yang cantik dengan kos yang murah dan berbaloi...Ingin memiliki barangan deko murah atau mahal semua pilihan ada ditangan kita sendiri...

p/s barangan murah tak semestinya tak cantik dan tidak berkualiti...

4 comments:

  1. Bilalah kita nak mendeko rumah ni...hahaha..semua tempat tu berhantu nak pegi kan ma

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat slow2 eda...kalau nak terus buat sekali gus mmg x larat rasanya...mmg semuanya tu tempat berhantu n bersaka kan...

      Delete
  2. cantik sungguh dekorasi rumah mama.terujanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih mar...deko biasa jer mar...

      Delete